followers

Thursday, May 29, 2014

Apa sudah jadi pada MAS?



Hari ni  saya hantar isteri dan anak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk balik ke sarawak  menggunakan penerbangan MAS (Malaysia airlines system) MH2520 setelah selesai menghadiri bengkel di semenanjung. Setibanya saya di kaunter B KLIA, (pendaftaran masuk untuk domestik) saya diarahkan untuk ke kaunter E16 Klia, Seperti diarahkan saya ke kaunter E16 yang merupakan kaunter khas untuk mereka yang membawa bayi. Hanya 1 kaunter beroperasi ketika itu dan 5 orang didepan saya membawa anak masing-masing beratur panjang dan hanya ada 1kaunter dibuka. Lebih kurang 15 minit kemudian kaunter E17 dibuka oleh seorang petugas wanita berbangsa India. Apabila tiba giliran saya, kaunter E16 ditutup dan saya diarahkan ke kaunter sebelah E17 dan akhirnya saya dan isteri terpaksa masuk ke barisan terakhir di E17.  Ketika itu saya masih mampu mengawal perasaan yang geram kerana hampir 30 minit saya menunggu untuk tiba giliran saya mendaftar masuk.


            Setelah sampai giliran saya di kaunter E17, saya dimaklumkan oleh petugas kaunter bahawa isteri saya dan anak boleh membawa barang seberat 30kg untuk isteri dan 10kg untuk anak saya yang berusia bawah 2 tahun. Setelah proses menimbang barang, petugas kaunter MAS memaklumkan bahawa keseluruhan barang adalah sebanyak 46kg. Petugas MAS juga memaklumkan bahawa arahan terbaru oleh pengurusan MAS bertarikh 28 Mei 2014, seorang penumpang dewasa hanya dibenarkan membawa 2 pieces barang(kotak/beg) dan seorang bayi 1 pieces barang(kotak/beg) untuk dimasukkan ke dalam kargo barangan. Apa yang saya terkejut, untuk kotak selebihnya beliau mengarah saya membayar RM55.00 untuk 1 pieces barang(kotak/beg) dengan kadar tidak melebihi muatan sebanyak 40kg untuk isteri dan anak saya yang telah ditetapkan untuk penerbangan kelas ekonomi.
Saya cuba bayangkan untuk 3 kotak(dalam lingkungan 40kg) dan 1 kotak lebihan muatan(lebihan dari 40kg) yang saya bawa ke KLIA ketika ingin mendaftar masuk barang? Jumlah Ringgit Malaysia yang perlu saya bayar kepada MAS kerana kotak saya yang sebesar kotak Drinking Water Seamaster 1.5L, telah melibihi ketetapan pengurusan MAS sebanyak 2 pieces untuk isteri dan 1 pieces untuk anak saya yang baru dikuatkuasakan oleh pengurusan MAS semalam?

            Saya sedar MAS dalam usaha pemulihan selepas mencatatkan kerugian baru-baru ini, tetapi bertindak logiklah dalam setiap yang dilakukan. Seorang penumpang dewasa perlu membawa barang dalam kandungan berat sekurang-kurangnya 15kg x 2 pieces kerana seorang penumpang dewasa hanya boleh membawa 2 pieces barang(beg/kotak) untuk daftar masuk dengan berat sebanyak 30kg. Manakala untuk bayi hanya 1 pieces barang(beg/kotak) seberat 10kg boleh di daftar masuk. Jika terlebih kotak atau pieces seseorang penumpang akan dikenakan bayaran sebanyak rm 55.00 bagi perkhidmatan kelas Ekonomi. Berapakah nilai atau kadar yang saya perlu bayar kepada MAS sekirangnya saya daftar masuk juga 4 barang yang saya bawa?
            Sekiranya MAS memilih cara begini memulihkan perniagaan mereka, jelas mereka bertindak terlalu rakus terhadap penumpang mereka. Berapa sangatlah kudrat seorang wanita, yang perlu mengangkat barang seberat 15 kg/ 1pieces semata-mata untuk mengecilkan jumlah barang yang perlu dibawa kerana ketetapan gila oleh pengurusan MAS yang bermula pada 28 Mei 2014.
            Akhirnya saya memilih perkhidmatan Pos Laju untuk menguruskan lebihan kotak yang sepatutnya dibawa bersama penerbangan isteri dan anak saya. Walaupun jumlahnya hampir RM300.00, saya merasakan ia lebih murah berbanding RM55/pieces kadar yang ditetapkan oleh MAS. Kerana saya ada satu lagi kotak yang beratnya 11kg.

2 comments:

Matt M'ry said...

Salam,

MAS melakukan perkara yang betul, lebihan bagasi adalah tangungjawab penumpang. Ada perlu selesaikanya. Jika berupaya gunalah perkhidmatan koriur penghanghantaran sendiri, jika dirasa ianya lebih murah. Anda boleh bandingkan MAS dengan syarikat yang suka menipu tu. siapa yang lebih berkuality.

Bukalah mata anda dan adililah dengan adil, layanan dan perkhidmatan cemerlang yang mas berikan.

Tak dinafikan ada antara pertugas mas yang tak professional, mungkin satu atau dua dalam seribu. Selebihnya masih berdedikasi, cemerlang dan peramah.

Berbangga dengan mereka, walaupun mereka sepatutnya mendapat yang lebih baik lagi.

Wassalam.

Matt M'ry said...

Salam,

MAS melakukan perkara yang betul, lebihan bagasi adalah tangungjawab penumpang. Ada perlu selesaikanya. Jika berupaya gunalah perkhidmatan koriur penghanghantaran sendiri, jika dirasa ianya lebih murah. Anda boleh bandingkan MAS dengan syarikat yang suka menipu tu. siapa yang lebih berkuality.

Bukalah mata anda dan adililah dengan adil, layanan dan perkhidmatan cemerlang yang mas berikan.

Tak dinafikan ada antara pertugas mas yang tak professional, mungkin satu atau dua dalam seribu. Selebihnya masih berdedikasi, cemerlang dan peramah.

Berbangga dengan mereka, walaupun mereka sepatutnya mendapat yang lebih baik lagi.

Wassalam.