followers

Wednesday, December 4, 2013

Jalan Raya Pan Borneo, sejak lahir habis darjah 6 baru siap??

Mungkin ada yang menilai dari sudut lain..kalau dibaca 2/3 kali maknanya Lebuh Raya Pan Borneo akan mengambil masa hampir 12 Tahun untuk disiapkan. Untuk makluman jarak perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Bandar Limbang dalam Negeri Sarawak lebih kurang 1400 KM sahaja dan kalau ditambah dengan jarak untuk Negeri Sabah mungkin hampir keseluruhan jarak lebuh raya Pan Borneo sepanjang 3000 KM. Apakah lebuh raya tersebut yang dibina berperingkat-peringkat perlu disiapkan hanya 300KM/1 Tahun, atau bersamaan 1KM/1hari=8jam?

Apapun saya menyokong usaha kerajaan untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya di negeri Sarawak dan Sabah. Mungkin masalah Bajet yang terlalu tinggi memungkinkan kerajaan untuk membina lebuh raya ini kerana nilai 22 Billion sangat-sangat tinggi.

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Untung bersih Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) bagi tempoh sembilan bulan pertama yang berakhir 30 September lalu dicatatkan sebanyak RM52.8 bilion, meningkat 4.1 peratus berbanding RM50.7 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Perolehan syarikat juga meningkat sebanyak 8.5 peratus iaitu kepada RM232.5 bilion berbanding RM214.3 bilion, dalam tempoh yang sama berbanding tahun sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, peningkatan keuntungan bersih dan perolehan bagi tempoh kumulatif itu didorong oleh peningkatan aktiviti dagangan minyak mentah dan gas diproses sepanjang tahun ini.
Malah katanya, bagi tempoh sembilan bulan pertama, peningkatan pengeluaran minyak mentah adalah sebanyak enam peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
"Kami menjangkakan pengeluaran sepanjang tahun 2013 adalah lebih tinggi berikutan terdapat lima lapangan minyak belum teroka milik Petronas dan dua lagi merupakan penemuan lapangan minyak baharu," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu majlis pembentangan prestasi kewangan Petronas bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2013 di sini hari ini.
Pembentangan prestasi kewangan telah dilakukan oleh Naib Presiden Eksekutif Kewangan Petronas, Datuk George Ratilal.
Keuntungan bersih Petronas bagi tempoh suku ketiga adalah sebanyak RM17.2 bilion berbanding RM14.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Jumlah aset Petronas setakat 30 September pula berjumlah RM525.1 bilion berbanding RM489.2 bilion yang dicapai bagi tempoh sepanjang tahun lalu.
Sementara perolehan Petronas bagi suku yang sama adalah sebanyak RM81.4 bilion berbanding RM68.3 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Kata Shamsul Azhar, peningkatan perolehan bagi suku ketiga telah dipacu oleh jumlah jualan minyak mentah, gas diproses dan gas asli cecair (LNG) lebih tinggi.
Selain itu, pengukuhan mata wang dolar Amerika Syarikat berbanding ringgit turut memberi kesan terhadap peningkatan perolehan syarikat, katanya.
 
Sumber :Utusan Melayu

3 comments:

cannonkapit said...

12 tahun utk bina jalan Pan Borneo tak lama tu.Memang jarak pd kertas atau geographical distance nampak tak panjang.Pd hakikatnya muka bentuk bumi/geografi termasuk terrain,bukit bukau,liku2 lurah dan cerun,paya,batu dan sebagainya diambilkira dlm membuat estimates agaknya.Ada logiknya jika pembinaan mengambil masa 12 tahun.Estimated duration of completion ada formulanya.Pihak jurutera tahulah apa nak dibuat.

Yg penting Pan Borneo dilaksanakan.

Anonymous said...

Inilah mentaliti rakyat Malaysia..terus didakyah dgn pemikiran2 utk terus menidakkn kehebatan rakyat swak...amat malang andai faktor muka bumi dijdkan reason utk melambatkn pembinaan lebuhraya tsbut.mgkin yb sendiri perlu meredah jln yg sedia ada skrg dan boleh lihat hnya beberapa lokasi shj yg terdpt cerun dan bukit bukau spt yg dijdkn alasan..klu nk ikut cerun ,tinggi lg cerun di lebuh raya karak, genting sempah dan genting highland...setakat semangkoi tu..xlah cerun sgt...

Anonymous said...

Rakyat sarawak memang hebat, tapi hebat macam mana pun kalau persekutuan beri duit sedikit sedikit nak buat mcm mana? Beri la lumsum....Kalau duit persekutuan di bahagi 3, lama dah sarawak maju.Tapi apa kan daya duit persekutuan di bahagi 14...haha..sapa2 yg menerajui putrajaya pun akan buat begitu tak kira kerajaan BN atau PR...jangan2 lagi susah negeri sarawak kalau PR ambil alih putrajaya...lama dah sarawak minta fund/ peruntukan tu mujur kali ini Parti Politik Tempatan Sarawak di bawah pimpinan CM terus kukuh dan kali ini Putrajaya mahu tidak mahu terpaksa beri peruntukan tersebut kerana menjaga kesetiaan parti politik tempatan Sarawak...haha itu pun sikit2..situasi politik di s/menanjung yg agak aktif/ rancak kerana PR berjaya menawan banyak kerusi buat masa ini memberi manfaat kepada negeri Sarawak...kalau PR menawan Putrajaya, tidak mustahil Parti Di Sarawak bekerjasama dengan PR...buat masa ini sarawak bersama BN kerana ada menfaatnya. Mentadbir Negeri Sarawak bukan semudah mulut berbicara...ada yg pandai cakap,ada yang pandai kritik saja....nak jadi hero katakan..haha macam2..sehingga ke hari ini,dibawah kepimpinan sejati dan asli anak sarawak,tanpa ada control atau boneka...parti2 tempatan sarawak yg diterajui oleh YAB Pehin Sri dengan satu suara... sarawak akan maju kehadapan walau banyak rintangan...kepimpinan yg bebas,tanpa di control oleh mana2 pihak...iatulah kepimpinan sejati sarawak...dari sarawak,untuk sarawak....