followers

Wednesday, December 18, 2013

Bila Menteri yang bukan Wakil Rakyat membuat keputusan.

Inilah mentaliti yang sering terjadi bila seorang menteri dilantik bukan dari mereka yang dipilih rakyat. Datuk Seri Najib Abd Razak perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas pengumuman Datuk Seri Wahid Omar Menteri JPM untuk menaikkan kadar Tol.

Mungkin menteri yang berstatus Senator perlu sedar keutamaan kerajaan adalah rakyat dan bukannya KPI. kesimpulan mudah...Kerajaan BN akan hancur selepas PRU 14. Rakyat semakin hilang keyakinan kepada BN selepas apa yang dilakukan oleh BN pasca PRU 13.

Segala janji BN hanyalah sia-sia dan tuduhan yang dilemparkan oleh Pembangkang terutama Si Rafizi jambu seakan-akan benar. Minyak, Elektrik, Tol dan lain-lain yang dijaja oleh MP Pandan YB rafizi akan dinaikkan oleh BN selepas PRU13, hari ini terbukti benar.

Rasanya Najib perlu melantik menteri dari kalangan Petani, Nelayan, atau mereka yang bergaji rendah sebagai menteri dan penasihat dalam masa terdekat. Mereka yang berada disekeliling Beliau bukanlah punaisihat yang mendahulukan rakyat. Itupun kalau Najib masih sayangkan BN dan Kerajaan.

Najib tak usahlah berdrama dengan mengatakan tidak sedar dan tidak tahu kerana mereka yang mencadangkan kenaikkan ini datang dari JPM. Kekalutan yang dilakukan oleh Menteri JPM ini seharusnya dihukum dengan pemecatan jawatan sekiranya Najib sayangkan BN dan Rakyat.

Khuatir..akujanji dan manifesto BN pada PRU14 akan ditolak oleh rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Setuju dengan pandangan ini ..
UMNO/BN tetap dihati
menteri boleh ditukar ganti
cakap mcm mamak buat capati
hamba rakyat pakat perhati
kalau bebal baik berenti
byk lg yg dok dok nanti
buat kerja bagi rakyat puas hati
PRU ke 14 sedang menanti
tkut BN makan hati
dek kerana sorang dua menteri yang tak reti