followers

Tuesday, October 1, 2013

Akhirnya kemarahan penyokong dan rakyat Sarawak memuncak kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM)

Mungkin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlupa seketika Isu membabitkan "Ngap Sayot" pasukan bola sepak Sarawak yang pernah menjejaskan integrasi Nasional suatu masa dahulu sehingga menyebabkan orang politik campur tangan bagi mengendurkan kembali ketegangan yang berlaku. 

Sarawak hampir keluar dari Persekutuan Malaysia apabila ketidakadilan berlaku kepada pasukan kendalian Awg Mahyan ketika itu. Kalau tak silap pada masa itu parti UMNO/BN/PBB Sarawak berada ditahap yang kukuh untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi. Hari ini sepatutnya pihak yang terlibat jangan mengambil mudah dengan mengeluarkan kenyataan Fitnah dan melulu semata-mata.

Aseh
Teguran ini saya tujukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang mulutnya amat lancang menuduh penglibatan Sarawak dalam isu Rasuah Bola sepak sedangkan siasatan masih dijalankan oleh SPRM. Sebagai seorang Bekas Penjawat Awam Tan Sri Aseh Che Mat pasti sedar dengan kenyataan yang beliau keluarkan. Bagaimana beliau boleh mendahului siasatan badan penguatkuasa dan menuduh penglibatan pasukan Sarawak sedangkan laporan dibuat oleh Pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) adalah melibatkan pasukan Perak.

Hari ini kemuncak kemarahan rakyat Sarawak diluahkan melalui media sosial seperti Facebook dengan mengecam tindak tanduk yang dilakukan oleh FAM. FAM dilihat bersikap keterlaluan tanpa mengambil kira maruah serta moral pemain dan juga rakyat Sarawak

Antara laman Sosial yang boleh dilayari adalah seperti berikut KLIK SINI dan SINI

Kepada FAM cuba belajar menghormati maruah rakyat Sarawak.

kenyataan media FAM sebentar tadi- KLik Gambar
 nafi dan nafi..biarlah pihak media pula menjawab...

2 comments:

Anonymous said...

Jangan terlalu emosional, sabar bro...
kalau nak dikira peratus setuju atau tidak rakyat kpd para barisan pegawai FAM, aku rasa mungkin tak sampai 10% rakyat yang bersetuju dgn barisan seluruh pegawai FAM... 10% yang bersetuju tu mungkin yang tak pernah ambil pusing pasal bola atau makhluk yang ada kepentingan.
Kami di semenanjung pun amat bengang dengan barisan pegawai FAM termasuk presidennya.... bukan orang sarawak saja.
Kes Awang Mahyan adalah antara kemuncak rakyat mula memebenci FAM,,, hanya kerana kebijakan Awang Mahyan mengendali pasukan sarawak, dia dikhianat hanya kerana tiada sijil jurulatih!.
Sebenarnya tiada isu negeri atau daerah dlm bolasepak, kalau sarawak bagus, kami turut gembira kerana automatik malaysia juga bagus.

Morad, Kedah

Melanau said...

ok bro..thanks atas komen..