![]() |
| Bapa Perpaduan Sarawak- Pehin Sri Abd Taib Mahmud |
Kenyataan paling melucukan oleh sebuah portal pembangkang
mengatakan Taib Mahmud berjumpa Anwar Ibrahim di Singapura membincangkan
kedudukan Negeri Sarawak.Jom kenali sedikit tentang ketua menteri sarawak.
Mereka lupa bahawa Taib Mahmud adalah antara ahli politik senior
yang paling lama di Malaysia. Taib Mahmud bukanlah ahli politik yang
mudah dipergunakan sepertimana Lajim Ukim dan Nik Aziz. Orang seperti Anwar
belum tentu dapat mempengaruhi kepimpinan Taib Mahmud.
Kebijaksanaan Taib dalam mengatur strategi politik banyak
menjaga ketenteraman dan kedamaian di Negeri Sarawak. Tolak ansur beliau
sebagai Ketua Kerajaan diperingkat negeri banyak membantu menyelesaikan masalah
kaum di Sarawak. Bayangkan Anwar Ibrahim belum tentu dapat menjaga PKR. Dalam 4
tahun kebelakangan ini sahaja, pentadbiran PKR dah jadi huru hara, baik dari
segi pemilihan ahli dan juga kalangan Yang Berhormat melompat parti.
Sekali lagi diingatkan kepada ahli pembangkang supaya tidak
memandang rendah ahli politik dari Sarawak. Jangan sesekali menyamakan mereka
dengan ahli politik lanjut usia seperti Lajim Ukim.
Kepada Anwar Ibrahim yang suka mencari glamour janganlah libatkan pemimpin BN Sarawak semata-mata untuk kepentingan politik. Untuk maklumat, Taib Mahmud adalah lambang perpaduan Negeri Sarawak. Tidak akan mungkin berlaku lompat parti oleh YB dari Sarawak. Itu lah perbezaan politik Sarawak yang perlu dihormati oleh Anwar dan juga konco-konconya.
Kepada Anwar Ibrahim yang suka mencari glamour janganlah libatkan pemimpin BN Sarawak semata-mata untuk kepentingan politik. Untuk maklumat, Taib Mahmud adalah lambang perpaduan Negeri Sarawak. Tidak akan mungkin berlaku lompat parti oleh YB dari Sarawak. Itu lah perbezaan politik Sarawak yang perlu dihormati oleh Anwar dan juga konco-konconya.

3 comments:
layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.
WINNABLE OR CABLE- NAJIB PILIH SIAPA?
Penulis bukan politikus yang `season’ dan tidak menyandang apa apa jawatan dalam organisasi. Penulis memberikan cadangan amat mudah tetapi amat sukar untuk DS Najib dan Kerajaan BN melaksanakan.
DS Najib banyak kali menyatakan bahawa calon BN di dalam PRU13 mestilah `winnable candidate’. Antara kriterianya ialah mereka yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat. Pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak, sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan. Pemimpin yang menghadapi masalah kewangan, moral, rasuah dan penyelewangan terpaksa di ketepikan dahulu. Penulis suka memberi cadangan kepada DS Najib seperti berikut:-
1. Rule of tumb-penukaran
Penulis cadangkan 50 peratus barisan jemaah kabinet sediaada di tukar dan diberi nafas baru. Mereka yang `gugur’ bukan mereka tidak berprestasi dalam kerja mereka, tetapi atas dasar `job rotation’. Jadi 50 peratus isu isu yang melanda para jemaah menteri akan di`tiadakan’. Jemaah menteri yang dipilih mesti melalui `skrin kesihatan yang ketat’ atau sihat atau usia muda. Polisi ini harus di`institusi’kan supaya pemegang jawatan sudah tahu bahawa masa telah tiba untuk berundur dan memberi peluang orang baru. Kemungkinan rasa malu dan tidak sedap hati para jemaah yang ditukar akan dapat dikurangkan. Sabotaj parti pun mungkin berkurangan. Ahli parti kurang memarahi PM kerana ia adalah polisi parti. Arahan pembaruan mesti dituruti oleh parti komponen lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya. Pernah berlaku, Presiden sebuah parti dicalonkan selama mungkin sampailah beliau dikalahkan di dalam pilihanraya.
Polisi ini boleh digunapakai untuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan. Lebih ramai pemimpin politik boleh menjadi adun dan ahli parlimen. Jesteru itu, kuranglah berlaku pertandingan sengit merebut jawatan di peringkat cawangan dan bahagian. Kuranglah pergeseran dalam parti maka stabil dan kuat lah parti.
Setengah tengah negera mensyaratkan penyandang jawatan 2 penggal. Amerika menghadkan dua penggal sahaja atau 10 tahun untuk jawatan Presiden. BN boleh mempertimbangkan keadah tersebut kerana masing-masing sudah tahu jangka hayat masing-masing.
2. Rule of tumb- Pengalaman berbanding kurang pengalaman (Tua banding muda)
PM perlu membuat imbangan calon `orang lama dengan orang muda’, `calon mengikut parti komponen’, calon Melayu dengan bukan Melayu, calon berpendidikan agama berbanding dengan bukan agama dan calon popular kerana kerjayanya seperti Dato Lee Chong Wei (sukan), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie (angkasawan Negara), Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi), Dato Jin Shamsudin (pelakon), Amy atau Awie (pemuzik), Tokoh Agama (Ustaz Kazim dan Ustaz Fathul Bari, tokoh pendidik dan banyak lagi.
Penulis pernah mengutarakan apakah strategi PM mengenai Ahli Parlimen Bebas seperti Zulkilfi Noordin (Kulim), Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wee Chee Keong (Wangsa), Zaharin Hashim (Bayan Baru) dan ramai lagi, andaikata mereka mahu bertanding.
Penulis berangan angan PM akan melantik seorang wanita menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri yang pertama di Malaysia. Penulis cadang YB Senator Datuk Maznah Mazlan untuk Pahang. Dahulu penulis ingin melihat Dato Halimah Siddiq atau Dato Sri Azlina Othman Said untuk merajui negeri Johor. PM harus memberikan penghormatan kepada kaum wanita yang merupakan lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia.
Bersambung…
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com
TAIB MAHMUD DAN POLITIK SARAWAK
Penulis mengusahakan satu projek hijau (zero effluent discharge for palm oil mill) di Sibu dan berkesempatan berinteraksi dengan businessman Sibu dan juga pegawai Kerajaan Sarawak. Negeri yang amat luas ini amat sukar untuk dibangunkan lebih lebih lagi apabila tiada peruntukan. Kerajaan Negeri terpaksa membuat `priority list’ untuk mengariskan projek projek yang perlu dijalankan menurut kepentingan dan bajet.
Majoriti ahli perniagaan dan orang muda bangsa Cina yang saya temui tidak menyokong Taib Mahmud dan BN. Sebab utamanya Taib Mahmud telah terlalu lama berkuasa. Taib Mahmud kaya raya hasil rasuah dan menopoli perniagaan. Taib Mahmud gemar `menebang pokok balak’ atau anugerah lesen membalak dan tidak mengurus hutan dengan baik.
Semasa menghadiri sebuah seminar di Bintulu, terdapat agensi kerajaan telah memberikan penerangan mengenai tugas jabatan dan kejayaan yang telah diperolehi. Penulis terperanjat dengan jabatan perhutanan Sarawak, Natural Resource dan 2 lagi agensi berkaitan yang mengurus hutan Sarawak dengan baik. Tahniah!!!. Penulis ingin menyatakan Taib Mahmud dan BN amat beruntung kerana pegawai pegawai Kerajaan adalah penyokong kuat Taib Mahmud dan BN. Mereka tahu dan percaya kepada usaha usaha Kerajaan memelihara hutan. Mereka perlu melakukan banyak lagi ceramah ceramah dan seminar di Semananjung Malaysia untuk menyatakan kebenaran. Tidak banyak maklumat kejayaan ini disalurkan di alam maya. Kerajaan Sarawak perlu atur strategi `pemutihan’ maklumat mengenai hutan Sarawak. Seminar tersebut mengubah presepsi penulis tentang Taib Mahmud dan beliau harus terus menerajui Sarawak untuk menghabiskan program kehijauan di Sarawak.
Penulis ingin berkongsi maklumat dengan rakyat Sarawak dan Malaysia khasnya bahawa Taib Mahmud adalah symbol kestabilan di Sarawak dan ia penting kepada BN. Pakatan Rakyat mengimpikan perletakan jawatan Taib Mahmud dari jawatan Ketua Menteri. Jika ini berlaku ia akan batu loncatan untuk kemusnahan atau keruntuhan BN. Cina Sarawak yang berbilang `dialek’ amat kaya raya dan mempunyai empayer tersendiri. Mereka ini kayaraya hasil dasar perniagaan dan liberalisi Taib Mahmud dan Kerajaan Sarawak.
Siapakah yang sesuai mengantikan Taib Mahmud di Sarawak?. Pada penulis, ramai yang berkelayakan di Sarawak seperti Abang Johari dan Awang Tengah. Tetapi mereka tidak mempunyai satu peluru iaitu kekayaan serta `networking’ meluas. Andaikata Abang Johari atau Awang Tengah mengantikan Taib Mahmud, ahli ahli perniagaan Cina yang kayaraya tidak akan `respect’ kepada pemerintah kerana Ketua Menteri baru tiada wang dan kekayaan. Perbincangan dan rundingan serta keputusan sukar dilaksanakan kerana `no respect’ dari ahli perniagaan. Ketua Menteri baru tidak boleh mengawal ahli perniagaan Cina ini dan ini memudahkan keruntuhan BN di Sarawak. Pada hakikatnya hanya Taib Mahmud dan anaknya akan mendapat `respect’ daripada ahli perniagaan Cina.
Jesteru itu, BN harus tahu keadaan di Sarawak dan hanya pada ketika BN amat kuat di Malaysia, Taib Mahmud boleh bersara. Jika Taib Mahmud masih sihat, beliau perlu bertindak sebagai Ketua Menteri Kanan (seperti di Singapura). Sebaiknya anak Taib Mahmud dilantik menggantikan ayahnya. Ramai rakyat akan kata kroni, tetapi ia adalah terbaik untuk Sarawak dan BN.
Bersambung....
Ikhlas dari
Nasirwise.b;ogspot.com
Post a Comment