followers

Wednesday, July 11, 2012

Calon anak tempatan taruhan BN VS Pakatan??

MP REMBAU- Y.B Khairy Jamaluddin
Teka-teki tarikh pilihanraya yang bermain disetiap fikiran dan denyut nadi pemerhati politik dan pelobi- pelobi kian menjadi persoalan. Kuasa membubarkan Parlimen adalah kuasa Mutlak Perdana Menteri selepas perkenan YDP Agong. Pengerusi SPR dan Jenteranya akan menetap tarikh keramat tersebut. Khabarnya mereka telah berada dalam keadaan siap sedia.

Di dada akhbar tertulis ramalan-ramalan yang pilihanraya akan dijalankan semasa musim haji,bulan 12  dan Negarawan Terkenal Tun Dr. Mahathir turut mengamalkan PRU akan diadakan selepas musim haji. Ramai pihak meramalkan Ds Najib tidak akan mengambil risiko dengan mengadakan PRU pada musim haji kerana undi melayu akan berkurangan memandangkan kaum cina hari ini tidak lagi memihak kepada BN.

Namun isu utama yang hangat diperkatakan ialah senarai nama calon yang dihantar oleh Pengerusi BN Negeri dan Presiden Parti dalam BN kepada PM, masih menjadi tandatanya. Adakah semua calon tersebut merupakan "winnable candidate"? Adakah Datuk Seri Najib terpaksa menyemak semula indentiti mereka kerana pada Pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU12 memperlihatkan Ds Najib  berminat meletakkan calon dari kalangan anak tempatan.

Sebenarnya Ds Najib amat teliti dalam meletakkan calon kerana selain  Parti yang bertanding calon adalah merupakan faktor utama yang diambil kira oleh pengundi..tak percaya cuba analisis PRK yang lepas.

No comments: