followers

Saturday, August 27, 2011

Tanah Adat Bumiputera Untuk semua Bumiputera Sarawak

Pengambilan tanah untuk Jalan raya.
APAKAH TANAH ADAT BUMIPUTRA ?

Mengikut adat-resam masyarakat Dayak, setiap ahli di dalam sesebuah komuniti mempunyai hak untuk menggunakan semua tanah ‘temuda’, hutan sekeliling dan saliran air di kawasan mereka. Adat mengenai tanah ini telah menjamin hak seseorang individu atau ahli keluarga sesebuah komuniti untuk menggunakan tanah dan hasil-hasil yang diperolehi dari hutan. Pada masa yang sama membuka kawasan tanah yang baru di dalam sempadan atau 'pemakai menoa' mereka.

Di bawah Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL) didefinisikan sebagai tanah di mana hak adat Bumiputra (NCR) telah didapati secara komunal ataupun selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb Januari 1958 dan masih lagi sah diperlakukan”. Oleh kerana masyarakat Dayak telah menetap di tanah mereka sejak beberapa generasi maka hak mereka telah diakui oleh undang-undang.

Tanah hak adat masyarakat Dayak merangkumi:

  •      tanah ‘temuda’ terdiri daripada tanah yang telah ditanam dengan tanaman dan juga tanah yang dahulunya ditanam tetapi telah ditinggalkan mengikut kitaran  penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan tanah dan pemuliharaan hutan; dan

  •      tanah 'pemakai menoa' disekeliling tanah temuda’ iaitu kawasan hutan dara di mana hasil-hasil hutan dikumpul oleh komuniti secara keseluruhan, dan di mana komuniti berkenaan bergantung kepadanya untuk kehidupan harian mereka seperti memburu, memperolehi bahan-bahan binaan, ubat-ubatan dan sebagainya.
 (pemakai menoa’ dalam Bahasa Iban bermaksud kawasan tanah komunal yang meliputi hutan dara, hasil  hutan, sumberdaya, kawasan memburu dan tadahan air serta sungai-sungai yang mengalir di kawasan itu dan kesemuanya adalah milik bersama ahli-ahli di dalam sesebuah rumah panjang)

Selepas 1hb Januari 1958, di bawah Seksyen 5 (2) Kanun Tanah Sarawak, hak adat kepada tanah boleh dibuat dan diperolehi dengan menggunakan cara-cara berikut:

  1.  penebangan hutan dara dan menduduki tanah yang telah dibuka;
  2. menanam pokok-pokok buah di tanah tersebut;
  3. menduduki atau bercucuk tanam di tanah tersebut;
  4. penggunaan tanah untuk perkuburan atau tempat pemujaan;
  5. menggunakan apa-apa jenis tanah untuk mendapatkan hak; atau
  6. (sudah dimansuhkan pada tahun 2000)

Undang-undang tanah Sarawak memang mengakui hak tanah adat Bumiputra ke atas tanah dan wilayah yang diduduki oleh masyarakat Dayak.

Selain daripada Kanun Tanah Sarawak, undang-undang lain yang melindungi tanah NCR ialah:

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

  1. Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
  2. Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Perkara 47 Perlembagaan Sarawak menyatakan:

(1)  Tertakluk kepada peruntukkan di dalam Perkara ini, semua harta-benda danaset di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini, adalah dibawah kuasa Baginda untuk tujuan Koloni Sarawak, akan beralih ke Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.

(2)Mana-mana tanah di dalam Negeri di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini, adalah dibawah kuasa Baginda akan beralih ke Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.

(3)Mana-mana harta-benda di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini telah pun diambil-milik oleh Baginda akan diambil milik oleh Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.

Isu Tanah NCR - Harap semua pembaca mendapat sedikit maklumat.

No comments: