Thursday, May 23, 2013
PKR nak ambil alih tugas Kementerian Luar? Apakata Anifah Aman?
Sekali lagi anak Anwar Bin Ibrahim ini mendahului kerajaan Malaysia apabila menggesa kerajaan Singapura memberi peluang ke 2 kepada penyokong-penyokong himpunan #Blackout505 di Singapura.
Tindakan Singapura menggantung Permit kerja dan menangkap peserta perhimpunan dilihat sebagai satu yang tidak wajar oleh anak Anwar ibrahim. Tindakan Anak Anwar ini seolah cuba mengajar Singapura dalam mengurus tadbir negara tersebut.
Sungguh hebat pemimpin pembangkang hari ini. Mungkin Anak Anwar ini akan memegang Portfolio Menteri Luar sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.
Anifah Aman tak kan nak berdiam diri?
artikel penuh dari sumber berita pembangkang Malaysiakini.
Empat pemimpin PKR menggesa republik Singapura supaya jangan bimbang dengan segelintir rakyat Malaysia yang memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil di negara mereka.
Oleh itu, mereka memandang berat tindakan 'keras' pihak berkuasa Singapura terhadap 21 rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu, termasuk membatalkan permit kerja dan pas lawatan mereka kerana menyertai perhimpunan untuk tujuan itu di sana.
Dilaporkan polis republik itu menahan 21 rakyat Malaysia selepas terlibat dalam perhimpunan haram di Merlion Park di republik itu kerana membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 Malaysia pada 5 Mei lalu.
"Singapura tidak harus takut terhadap segelintir rakyat Malaysia yang mahu memperjuangkan pilihan raya yang bersih adil di negara mereka sendiri.
"Mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi yang mantap dan saksama seharusnya mengalu-alukan sebarang gesaan yang dibuat secara aman, malah di negara mereka sendiri," kata mereka dalam satu memorandum yang dihantar kepada pesuruhjaya Tinggi Singapura hari ini.
Memorandum itu ditandatangani Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Chua Jui Meng dan dua ahli Parlimen PKR - Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Datuk Idris Jauzi (Batu Pahat).
Mereka menyerahkan memorandum tersebut kepada dua setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura - Harris Rusdi Chai dan Ramanathan Manivasagan di Kuala Lumpur pagi ini.
Dalam memorandum itu, keempat-empat pemimpin PKR itu berkata mereka sedar tentang keperluan rakyat Malaysia di Singapura untuk menghormati undang-undang negara itu.
Bagaimanapun, mereka merayu pihak berkuasa Singapura supaya bertindak mengikut kesesuaian dan keadilan dalam melaksanakan undang-undang.
Mereka menyifatkan sebagai keras tindakan menangkap rakyat Malaysia terbabit dan membatal/menyemak semula pas kerja/lawatan mereka hanya kerana mereka memperjuang demokrasi, yang merupakan satu perjuangan sejagat.
"Tindakan pihak berkuasa Singapura itu yang keras itu bertentangan sepenuhnya dengan semangat kerjasama (ini). Ia menjejaskan moral rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura."
Menurut mereka lagi, rakyat Malaysia merupakan kumpulan tenaga kerja terbesar di Singapura sejak berdekad lamanya, dan telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi republik itu.
Kami, ahli parlimen PKR ingin menunjukkan solidariti kami dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk meneruskan perjuangan demokrasi, (menuntut) pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.
"Kami memandang tinggi semangat rakyat Malaysia yang menyatakan pendirian mereka bagi menuntut keadilan dan demokrasi," kata mereka sambil menambah bahawa mereka percaya Malaysia dan Singapura amat menghargai persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Oleh itu, pemimpin PKR itu menggesa pihak berkuasa Singapura supaya memberi peluang kedua kepada rakyat Malaysia terbabit.
Wednesday, May 22, 2013
Kenaikan Gaji ADUN dan Menteri Sarawak
Kebanyakan Media Masa hari ini dan semalam melaporkan kenaikan Gaji Ketua Menteri Sarawak, Timbalan KM, Menteri, Menteri Muda, Setiausaha Politik dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Semua menganggap kenaikan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak tetapi sebenarnya kenaikan tersebut telah dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak yang mula bersidang pada hari Isnin selepas ditangguhkan pada penggal yang lepas.
Walaupun pada awalnya mendapat bantahan dari Adun DAP, majoriti ADUN Sarawak bersetuju mengenai kenaikan tersebut sehinggakan ADUN DAP mengatakan kenaikan tersebut adalah bersyarat. Jadi tidak timbul Isu Pehin Sri Taib menaikkan gaji dan elaun Adun Sarawak untuk kepentingan pihak Barisan Nasional.
Untuk Makluman semakan terakhir pelarasan gaji Adun Sarawak dibuat 21 Tahun lepas. Kenaikan yang baru ini berkuatkuasa 1 Januari 2012.
berikut adalah kadar 3 kali ganda yang diumumkan semalam
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Anwar Ibrahim Kena kelentong hidup hidup??
Semalam Wan Muhamad Azri dalam Kamar Mahkamah menafikan beliau adalah pengendali Blog PAPAGOMO yang sering menyiarkan Aksi Seks Lelaki yang dianggap Klon kepada Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim mesti berang dengan pencacai-pencacai beliau yang selama ini menganggap Azri adalah PAPAGOMO. Selepas ini mesti ada yang akan kena mengadap kerana memberi laporan salah sehingga merugikan masa dan proses di Mahkamah.
Yang Anwar tak tahan ialah kegagalan beliau membongkarkan identiti PAPAGOMO.
Apakah Gomo akan mengganggu KLON Anwar untuk mencari china doll atau lelaki jambu selepas ini?
sumber: mstar online

Wan Muhammad Azri Nafi Dirinya 'Papa Gomo'
KUALA LUMPUR: Wan Muhammad Azri Wan Deris yang
disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim
berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau
pemilik blog 'Papa Gomo'.
Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada Isnin di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.
Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.
Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.
Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - BERNAMA
psttttt: siapa yang kelentong bakal PM ke 7 ni??

Fuziah akan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuantan angkara undi 2 kali Mohd Fadhli Khaharruddin??
![]() |
| Klik Imej |
Tetapi selepas aku baca berulang kali budak ni sebenarnyaa
mengundi sekali bukan 2 kali..
“Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya
kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran
sebagai bukti”
Apa lagi FUZIAH mahu sebenarnya?
Budak mentah tu kata dia tak pergi pun mengundi 2 kali.
Hanya sekali.
Fuziah tak usahlah menunjukkan kebodohan sendiri dengan
membawa bukti yang entah apa-apa ini
semata-mata nak menuduh SPR menipu.
Kalau lah benar SPR ni penipu, aku rasa Fuziah ini tak akan
jadi Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuantan pun pada PRU13.
Kalau inilah cara Fuziah, elok beliau menjadi wakil Rakyat
Pertama meletak jawatan kerana tidak berpuas hati pada PRU 13.
Tuesday, May 21, 2013
SOALAN BODOH KEPADA Y.B RAFIZI RAMLI
RAFIZI TAK SETUJU RAKYAT GUNA JALAN RAYA UNTUK GULINGKAN KERAJAAN!!
Statement yang mungkin menimbulkan amarah Ketua Umum PKR.
Apa Rafizi tahu?
Apa lagi Rafizi Mahu?
Selepas mereka menuduh SPR menggunakan tipu helah untuk memenangkan Barisan Nasional pada PRU 13 ternyata beliau hari ini seolah-olah takut dengan mengeluarkan kenyataan berhemah dan bertamadun.
Adakah Y.B Rafizi takut apabila Menteri Dalam Negeri yang baru amat tegas dalam perkara ini?
Adakah Y.B Rafizi takut kepada Ketua Polis Negara yang baru?
Adakah Rafizi yakin tiada AMARAN oleh Menteri KDN?
Apakah tujuan PERHIMPUNAN BLACKOUT 505 kalau bukan bertujuan menghasut rakyat?
Siapakah yang berada di Pentas menyampaikan ucapan semasa Perhimpunan Blackout 505 Kalau bukan pemimpin pembangkang?
Rafizi perlu ingat siapa yang menghasut pemikiran si Adam Adli 24 Tahun sehingga mengganggap PRU13 sebagai penipuan BN dan SPR?
Rasanya Rafizi sudah terlambat....
SELAMAT HARI JADI YANG KE-77 YAB PEHIN SRI HJ ABD TAIB MAHMUD
Sempena hari jadi ke-77, Ayahanda Pehin Sri Taib Anak Negeri mengucapkan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Kami juga berdoa agar ayahanda Pehin Sri diberi kesihatan yang baik untuk terus mentadbir Negeri Sarawak yang tercinta ini. Kekalkan kemakmuran yang kita nikmati hari ini. Terima Kasih Pehin Sri.
![]() | ||
| Yang Amat Berhormat Pehin Sri Hj Abd Taib Mahmud |
S.B.S, D.K (JOHOR), D.K (PAHANG), D.P, PSM, S.P.D.K, S.U.M.W, S.S.D.K,
S.S.A.P, D.G.S.M, D.P.P.N,S.S.SA, S.P.M.T, K.T.W.E(THAILAND)
KEPN(INDONESIA), S.P.M.B(BRUNEI), K.U.O (KOREA),AO(AUSTRALIA), P.C.D
Monday, May 20, 2013
Maaf..@anwaribrahim, kami tak perlu PM yang anggap dirinya popular
Tak Usah lah Anwar Ibrahim membangkitkan perasaan rakyat terutama penyokong tegar PKR yang dianggarkan seramai 50,000 orang di seluruh semenanjung. saya ulang PENYOKONG TEGAR!!
Penyokong tegar inilah yang akan hadir dimana sahaja Anwar Ibrahim dan puak pembangkang menganjurkan perhimpunan samada secara halal mahupun haram.
Anwar Ibrahim merasakan dirinya mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia, tetapi dalam masa yang sama mengenepikan jutaan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Anwar tanpa segan silu merasakan beliau amat popular berbanding Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Tun Abd Razak.
Jawapan saya mudah, Mana tak popularnya.. Video Sex Lelaki serupa beliau tersebar beberapa tahun lepas, sampai hari ini rakyat Malaysia masih menunggu Klon Anwar dan Jam omega yang ada pada Kak Wan. Jadi Anwar mungkin popular sebab KLON beliau beraksi dengan China Doll.
Satu lagi sebab mengapa Anwar Lebih popular berbanding Ds najib adalah Faktor Mursyidul AM PAS yang sangat taksub kepada Anwar, kalau tanya kat tuan Guru Nik Aziz antara Sumpah Saiful dan PI Bala, beliau akan kata sumpah SD1 Bala tu lebih wajar dipercayai berbanding sumpah Saiful di Kota Suci Mekkah. Itu keistimewaan yang ada pada Nik Aziz, Ramai orang PAS termakan kata-kata Nik Aziz. Akhir zaman katanya..
Anwar terlupa popularitinya adalah sebab Tg Nik Aziz dan sikap pengundi Cina yang amat-amat sayangkan Rocket. Bukan sebab lambang Mata Lebam yang ada pada Bendera PKR.
Jadi Anwar janganlah perasan Glamour..Hahahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)